Friday 27 January 2012

Cinta itu..



Cinta.. sukar untuk ditafsirkan.. dari kata2 mahupun perlakuan.. hanya mereka yang benar2 kenal erti cinta sahaja yang faham betapa bernilainya cinta itu kepada mereka..

Terdapat sesetengah yang berpendapat, bahawa cinta itu hanya sekadar aktiviti yang mengisi kekosongan masa lapang.. tanpa memahami maksud sebenar cinta itu..

Cinta itu dalam erti kata sebenar adalah "TAJUK BESAR" kepada perasaan, perasaan apa?? perasaan kasih sayang.. tanpa cinta, xkan adanya kasih sayang..

Cinta bukan sahaja kepada sang kekasih..tetapi cinta juga dapat dibuktikan kepada keluarga,m diri sendiri, yang paling penting sekali tuhan pencipta alam..

Bagaimana nak tunjukkan??? begini..

  • Cinta kepada tuhan: - Tunaikan segala suruhannya, tinggalkan segala larangannya. Kalau buat suruhannya tu, biarlah dengan ikhlas dan janganlah sekadar untuk menunjuk semata2. Tak guna.. tuhan tahu niat sebenarmu.. Cinta kepada tuhan juga boleh dikaitkan dengan cinta kepada alam, hubungan sesama manusia serta makhluk tuhan yang lain. Ini boleh ditunjukkan dengan cara; menjaga alam sekitar dari dikotori, menjaga hubungan sesama manusia dengan menjalin hubungan baik, elakkan persengketaan, pergaduhan, salah faham atau yang seangkatan dengannya bagi memastikan hubungan sesama manusia itu dapat dijaga. Begitu juga dengan makhluk lain seperti haiwan, terutamanya haiwan peliharaan seperti kucing ataupun apa2 saja haiwan lain. Pernah dengar tak tentang kisah seekor kucing malang yang dipotong kakinya gara2 mencuri ikan untuk mengisi perutnya yang kelaparan. Hanya gara2 seekor ikan, kaki kucing kecil itu dipotong. Mana perginya sifat keperimanusiaan itu..mana perginya kasih sayang dan cinta sesama makhluk tuhan itu.. Mereka pun makhluk tuhan, yang juga memerlukan kasih sayang sepertimana kita, manusia. Kecintaan kepada tuhan juga boleh dinyatakan dengan kecintaan kepada diri sendiri, keluarga dan kekasih. Kerana apa?? kerana niat kita yang satu, kita melakukan keranaNYA.

  • Cinta kepada diri sendiri: - Ada ka orang tak cintakan atau sayangkan diri..tipulah kalau orang tu cakap dia tak sayangkan diri dia. Mandi, belajar, makan, minum..tu semua boleh dikatakan sebagai cinta kepada diri sendiri... yang paling penting sekali, menjaga diri dari melakukan sesuatu yang boleh merosakkan diri..Merosakkan diri, ada ka?? Ada...Contohnya, zaman sekarang..boleh dikatakan ada juga yang tak sayang diri..buktinya.. tak sah dalam setahun,  takda yang tak buang diri dari atas bangunan.. Lihatlah betapa pendeknya akal, kenapa buat diri begitu, sedangkan tuhan telah memberikan roh kepada kita untuk menghidupkan jasad, untuk kita laksanakan tugas dan tanggungjawab kita di bumiNYA.. biarlah roh itu DIA sahaja yang mencabutnya, dan janganlah kita memandai2 untuk mengeluarkan roh kita..kita tak layak, yang layak hanyalah tuhan.. jagalah diri, cintalah diri..janganlah dirosakkan biarpun hati kecewa, gagal dalam percintaan, gagal dalam peperiksaan, anggaplah itu sebagai satu ujian dariNYA..dan jangan juga disebabkan penderitaan dari kegagalan itu, kita mengambil jalan mudah untuk menghentikan penderitaan itu dengan bunuh diri.. kita sudah dianugerahkan akal untuk fikir baik buruk sesuatu perkara, jadi gunalah akal sebaik2nya..

  • Cinta kepada keluarga: - Keluargalah segala2nya..kita tidak hidup sendirian di muka bumi ini.. anak yatim kat rumah anak yatim pun ada juga keluarga, keluarga mereka adalah rakan2 dan pengasuh mereka.. We are not lonely in this world and dont try to think that you are Mr. /Mrs. Lonely.. Oleh itu, untuk menunjukkan kecintaan kita kepada keluarga.. andai kita masih belajar, belajarlah rajin2, janganlah hampakan harapan kedua ibu bapa kita.. mereka mahukan kita berjaya, jadi yang terbaik dan maju dan bukan yang temundur dan gagal. Gagal sekali dua atau berkali2 bukan bermaksud kita gagal untuk selama2nya tapi kegagalan itulah yang mengundang kepada kekuatan andai kita benar2 berusaha mencapai sesuatu yang kita inginkan. Kecintaan kepada keluarga juga kita boleh tunjukkan dengan bekerja. Tak kisah la kerja apa yang penting niat, bekerja keranaNYA dan bekerja untuk menyenangkan keluarga.. Dalam erti kata lain, cinta kepada keluarga banyak kepada memberi kesenangan kepada keluarga. Akan tetapi, kesenangan juga takkan bermakna tanpa kebahagian. Kedua2nya haruslah seimbang barulah kita dapat merasa nikmatnya cinta.. 

  • Cinta kepada kepada kekasih: - Manusia di dunia ini, telah tuhan jadikan berpasang-pasangan, untuk melahirkan zuriat yang bakal menyambung jenerasi yang seterusnya.. Bercinta kepada Sang Kekasih adalah permulaan kepada segala2nya.. Baik buruk, kurang lebih, terimalah mereka seadanya sepertimana mereka menerima kita. Hargailah setiap perasaan atau cinta yang telah mereka berikan. Janganlah kita menganggap yang cinta mereka itu sekadar mengisi kekosongan masa lapang.. dan jangan bercinta kalau tak tahu apa maknanya cinta.. Berkongsi suka dan duka, berkorban masa dan tenaga juga cara untuk menunjukkan rasa kecintaan kepada kekasih.. Hargailah cinta yang datang itu kerana hadirnya cinta yang sejati itu mungkin kali itu saja, kerana sekali ianya melangkah pergi, selamanya takkan kembali....


No comments:

Post a Comment