Saturday 12 October 2013

Aku manusia Kecil.. HAMPA

Kecewa aku melihat makhluk yg bernama manusia..terutamanya manusia besar.. mentang2 aku ni kecik, senang2 je nak perlekehkan.. ada kawan mcm, ntah.. smua mcm nak pergunakan aku, mengambil kesempatan dalam kesulitan.. nak kata sebaya, umur baya adik2 aku.. tapi buat aku mcm..hmm..sedeh tau bila melihat jiwa ni diperlakukan mcm kayu.. no respect at all..kadang2, aku kesian kat diri aku.. kenapa susah sangat aku nak dapat kawan yang betul2 ikhlas nak kawan dgn aku.. apa aku ni tak layak ke jadi THE BESTFRIEND FOREVER dyorg..aku tau, aku ni xtau bckap, kcik, tak gorgeous mcm kwn2 yg lain, ketinggalan zaman lagi tu, xpandai bgaul, serba kekurangan, xcantik.. aku ni cuma boleh jadi bahan tawaan orang je.. bila senang, berbahagialah sangat dgn kawan2 lain, aku ni dilupakan, tapi bila susah, ada hal nak mintak tolong, baru cari aku.. time senang xnampak aku lah.. tu la sbab aku susah sangat nak pcaya dgn manusia yg bnama kawan.. tak sorg pun yg ikhlas.

Sunday 27 January 2013

KAHWIN..NIKAHH..ntahH

Semakin hari, semakin kuat keinginan aku nak menamatkan zaman daraku.. kalau aku ni laki, lama dh aku lamar dia..tahun ni masuk 5 tahun usia perhubungan ktaorg..lama kan..tapi..hmm.langsung xda tanda pun yg dia nak lamar aku.. aku tak minta wang hantaran beribu, aku tak minta pun buat majlis besar2an..buat yg wajib, akad nikah pun dh cukup bagi aku. yg aku minta hanyalah hubungan yg sah dan halal.. tak layak ke aku ni nak jadi permaisuri hidup dia..kenapa? tak nak kahwin dulu sbb apa? nak cari yg lebih baik?? kalau aku tak baik, nape plih aku dulu.. just untuk percubaan dlm bercintaan?? mcmtu??. aku bukan barang yg untuk ditesting2..aku makhluk tuhan yg ada perasaan..tolonglahh pahammmmmmmmm.

Wednesday 23 January 2013

Dugaan dugaan

Dugaan..dugaan...
apa pulak dugaan yg tggu aku next sem..
rasa cam tak nak tau je..tapi..hmm
kehidupan di universiti byk menguji kesabaran aku..
dgn pelajaran, kewangan, kawan2 lagi..hmm
sampaikan aku rasa mcm nak give up ja..
tak mintak pun dugaan tapi datang juga..
tapi mintak2 next sem urusanku dipermudahkanNYA..
aaameeennnnn

yipppie!!! tQ Allah =)

fuhhh...tak tenang jiwa aku.. bila terkenangkan result yg kua ari ni..
tapi syukur sgt2..lulus jugak aku..
ku ingatkan fail sbb sem ni byk sbjek killer.. calculation smua lg tu..
klu tak blaja, cnfirm blur..
xdpt nk goreng scukup rasa...
hoho..
btw..Alhamdulillah.. tQ Allah coz gve me one more chance..Oopppss!! MORE CHANCE.. =)



Friday 27 January 2012

Cinta itu..



Cinta.. sukar untuk ditafsirkan.. dari kata2 mahupun perlakuan.. hanya mereka yang benar2 kenal erti cinta sahaja yang faham betapa bernilainya cinta itu kepada mereka..

Terdapat sesetengah yang berpendapat, bahawa cinta itu hanya sekadar aktiviti yang mengisi kekosongan masa lapang.. tanpa memahami maksud sebenar cinta itu..

Cinta itu dalam erti kata sebenar adalah "TAJUK BESAR" kepada perasaan, perasaan apa?? perasaan kasih sayang.. tanpa cinta, xkan adanya kasih sayang..

Cinta bukan sahaja kepada sang kekasih..tetapi cinta juga dapat dibuktikan kepada keluarga,m diri sendiri, yang paling penting sekali tuhan pencipta alam..

Bagaimana nak tunjukkan??? begini..

  • Cinta kepada tuhan: - Tunaikan segala suruhannya, tinggalkan segala larangannya. Kalau buat suruhannya tu, biarlah dengan ikhlas dan janganlah sekadar untuk menunjuk semata2. Tak guna.. tuhan tahu niat sebenarmu.. Cinta kepada tuhan juga boleh dikaitkan dengan cinta kepada alam, hubungan sesama manusia serta makhluk tuhan yang lain. Ini boleh ditunjukkan dengan cara; menjaga alam sekitar dari dikotori, menjaga hubungan sesama manusia dengan menjalin hubungan baik, elakkan persengketaan, pergaduhan, salah faham atau yang seangkatan dengannya bagi memastikan hubungan sesama manusia itu dapat dijaga. Begitu juga dengan makhluk lain seperti haiwan, terutamanya haiwan peliharaan seperti kucing ataupun apa2 saja haiwan lain. Pernah dengar tak tentang kisah seekor kucing malang yang dipotong kakinya gara2 mencuri ikan untuk mengisi perutnya yang kelaparan. Hanya gara2 seekor ikan, kaki kucing kecil itu dipotong. Mana perginya sifat keperimanusiaan itu..mana perginya kasih sayang dan cinta sesama makhluk tuhan itu.. Mereka pun makhluk tuhan, yang juga memerlukan kasih sayang sepertimana kita, manusia. Kecintaan kepada tuhan juga boleh dinyatakan dengan kecintaan kepada diri sendiri, keluarga dan kekasih. Kerana apa?? kerana niat kita yang satu, kita melakukan keranaNYA.

  • Cinta kepada diri sendiri: - Ada ka orang tak cintakan atau sayangkan diri..tipulah kalau orang tu cakap dia tak sayangkan diri dia. Mandi, belajar, makan, minum..tu semua boleh dikatakan sebagai cinta kepada diri sendiri... yang paling penting sekali, menjaga diri dari melakukan sesuatu yang boleh merosakkan diri..Merosakkan diri, ada ka?? Ada...Contohnya, zaman sekarang..boleh dikatakan ada juga yang tak sayang diri..buktinya.. tak sah dalam setahun,  takda yang tak buang diri dari atas bangunan.. Lihatlah betapa pendeknya akal, kenapa buat diri begitu, sedangkan tuhan telah memberikan roh kepada kita untuk menghidupkan jasad, untuk kita laksanakan tugas dan tanggungjawab kita di bumiNYA.. biarlah roh itu DIA sahaja yang mencabutnya, dan janganlah kita memandai2 untuk mengeluarkan roh kita..kita tak layak, yang layak hanyalah tuhan.. jagalah diri, cintalah diri..janganlah dirosakkan biarpun hati kecewa, gagal dalam percintaan, gagal dalam peperiksaan, anggaplah itu sebagai satu ujian dariNYA..dan jangan juga disebabkan penderitaan dari kegagalan itu, kita mengambil jalan mudah untuk menghentikan penderitaan itu dengan bunuh diri.. kita sudah dianugerahkan akal untuk fikir baik buruk sesuatu perkara, jadi gunalah akal sebaik2nya..

  • Cinta kepada keluarga: - Keluargalah segala2nya..kita tidak hidup sendirian di muka bumi ini.. anak yatim kat rumah anak yatim pun ada juga keluarga, keluarga mereka adalah rakan2 dan pengasuh mereka.. We are not lonely in this world and dont try to think that you are Mr. /Mrs. Lonely.. Oleh itu, untuk menunjukkan kecintaan kita kepada keluarga.. andai kita masih belajar, belajarlah rajin2, janganlah hampakan harapan kedua ibu bapa kita.. mereka mahukan kita berjaya, jadi yang terbaik dan maju dan bukan yang temundur dan gagal. Gagal sekali dua atau berkali2 bukan bermaksud kita gagal untuk selama2nya tapi kegagalan itulah yang mengundang kepada kekuatan andai kita benar2 berusaha mencapai sesuatu yang kita inginkan. Kecintaan kepada keluarga juga kita boleh tunjukkan dengan bekerja. Tak kisah la kerja apa yang penting niat, bekerja keranaNYA dan bekerja untuk menyenangkan keluarga.. Dalam erti kata lain, cinta kepada keluarga banyak kepada memberi kesenangan kepada keluarga. Akan tetapi, kesenangan juga takkan bermakna tanpa kebahagian. Kedua2nya haruslah seimbang barulah kita dapat merasa nikmatnya cinta.. 

  • Cinta kepada kepada kekasih: - Manusia di dunia ini, telah tuhan jadikan berpasang-pasangan, untuk melahirkan zuriat yang bakal menyambung jenerasi yang seterusnya.. Bercinta kepada Sang Kekasih adalah permulaan kepada segala2nya.. Baik buruk, kurang lebih, terimalah mereka seadanya sepertimana mereka menerima kita. Hargailah setiap perasaan atau cinta yang telah mereka berikan. Janganlah kita menganggap yang cinta mereka itu sekadar mengisi kekosongan masa lapang.. dan jangan bercinta kalau tak tahu apa maknanya cinta.. Berkongsi suka dan duka, berkorban masa dan tenaga juga cara untuk menunjukkan rasa kecintaan kepada kekasih.. Hargailah cinta yang datang itu kerana hadirnya cinta yang sejati itu mungkin kali itu saja, kerana sekali ianya melangkah pergi, selamanya takkan kembali....